invincez.blogspot.com

apesaje...janji jalan


Meooww...


Tanggal 13/09/2009 hari tu, tetiba ade sekor kucing masuk bilik aku. Mengganggu ketenteraman sungguh. Rezeki datang bergolek..so, apelagi, aku pn...kacau aka main2 ngan kucing tu.

Agak menikus jugak...err..bukan agak, tp mmg sesangat la menikus giler kucing tuh. Abis semua benda bergerak die kejar. Sampaikan jari kaki aku gerak2 pn nk diterkamnye. Terhibur aku..setengah jam lebih masa dibazirkan bermain² ngan kucing.

lalala...


Yep...hari tu ade bengkel sembelihan halal. Aku join gak, tapi tak semua...tak masuk ceramah pn pasal ade kelas. Tapi masa sembelih, aku ade sekali, dan sempat la belajar2 sembelih ayam sekor due. Habis terpercik darah kat baju seluar aku. Seluar putih lagi tu.

lulz...


Bad..Bad..Bad..DAY!!! [updated]

This is sad...unlucky I would say. Why it has to be at such time? Gheezz...

Truth is, my PDA, the O2 XDA Stealth was DEAD!! Arghh!!!

NOKIA Netbook? Beware of Nokia Booklet 3G

Baru tadi aku terbaca berita Nokia nk kuarkn netbook derang sendiri. Nais2.

Gambar yg diperoleh menunjukkan design netbook nokia mmg nais. clean n neat. performance je tatau lg. sama2 kite tunggu dan lihat bulan september nanti.

Hari² yg memenatkan (penat ke? :p)

Alkisahnye camni...

Hari last2 cuti mid-sem hr tu aku sgt2 la bosan. Dlm bosan tu aku terpk nk ubah susunan perabot dalam bilik kat hostel MAIDAM. Sempit weh! Sempit sgt²...besar sket je dari lokap polis. Dah masuk perabot seme, langsung dh xde ruang utk ddk2 atas lantai. Aaaapekah!!?

Jd, sabtu mlm ahad baru ni (23/08/09) aku bertolak gi hostel dan sebaik je sampai, n masuk dlm bilik. Aku terus jalankn projek yg sekian lame dirancang tu (ni kalau spot-check mau kene saman nih).

Dan berikut adalah gambar2 diambil setelah ubah suai disempurnakan.


1) mula2 gambar almari. aku susun lurus je kat tepi dinding (ni la yg beri byk ruang)




(2 gambar atas) Ade sikit kekosongan. Mula² tatau nk letak ape.
Last² dpt idea buat tempat MBKT dan gantung baju.

2) gambar² perabot lain



(3 gambar atas) Placing meja mmg xle ubah. Static cam asal.
Yg penting kat sini PC aku (assignment, gaming n layan cite) dan wheel utk racing



Penyidai dipindahkn ke sini.


Katil sebelah yg tak digunakn jadi stor simpan barang.


Perkara pertama yg diubah suai. Laci ke tempat letak kibod...yeahh!!
Penting beb..tempat lepak utama la katakn.


3) last sekali...

Diambil dari pintu depan bilik.





Pengubahsuaian yg dilakukn menjadikn bilik aku nampak lg luas dan lapang. Kalau nk dibandingkn dengan sususnan sebelim ni....hampeh!! nampak gayanye, aku lg sesuai buat interior designing...feveret tuh. bab design² mmg feveret nih

Ha'a..gambar sebelum ubah suai xde lgkn? sat...nanti aku update. lupe lak nak ambik.

Salam Ramadan al-Mubarak (updated)



xdde pape sgt nk dtulis, cuma nak ucapakn selamat berpuasa kepada semua (yg pose je :p), selamat bersahaur, selamat berbuka, dan last sekali...selamat berterawih.

dan selingan siket...camne kterang (budak2 umah aku) memeriahkan malam2 ramadan. enjoice!






[ update ] tambah lagi satu gambar cun

JDownloader 0.7 Yang Canggih Manggih!!

JDownloader ni adalah satu "download manager" (DM) yang sangat² bagus. 1st time aku terjumpa DM ni ialah pertengahan tahun lepas. Dan sejak tu, JD ni la yg menjadi DM feveret aku. GUI die cantek...ciri² yg ade serta fungsi die yg superb tu paling aku suke. Yang penting, ringan.


Logo rasmi JDownloader (http://jdownloader.org/)


JD adalah satu program percuma dan merupakan program sumber terbuka (open source), maknanye, sape² boleh sumbangkan tenanga, cadangan atau spe² la untuk improve kualiti die. Ia diprogramkan dan dibangunkan sepenuhnya menggunakan JAVA. Nak tau lebih lanjut...sila google. :p haha

GUI atau antaramuka JDownloader (http://www.raymond.cc).


Jadi, sekarang JD ni dah masuk versi 0.7. Ape yg aku boleh katakan, programmer² yag terlibat dalam pembangunan JD ni memang komited dan aktif giler. Tak macam program² free lain...JD selalu je ade update. Dan setiap kali update mesti ade feature² baru yg best dimasukkan. Yg paling nampak sekarang ni, derang berusaha keras cantikkan GUI dan bagi interface JD ni lagi mesra pengguna. Pastu, bug² pun dah kurang. Tak lagi selalu crash. Juga, JD semakain RINGAN!! Memang aku tabik kat derang seme.

Sekian sahaja. Enjoice!! *off to massive downloading*

Logitech® G27 Racing Wheel Announced

dari: http://blog.logitech.com/

"Logitech – Aug. 17, 2009 – Logitech (SIX: LOGN) (NASDAQ: LOGI) today announced the Logitech® G27 Racing Wheel. Designed to deliver the definitive sim racing experience for the PC and PLAYSTATION®3, the G27 features a powerful, dual-motor force feedback mechanism that smoothly and accurately delivers high-fidelity force effects to the hand-stitched leather wheel, so you can feel traction loss, weight shift, and the surface of the road. The helical gears deliver exceptionally quiet steering action, virtually eliminating noise and unwanted vibration. A six-speed gated shifter lets you choose exactly the right gear for the turn, while new RPM/shift indicator LEDs let you know just when to up- or down-shift. And the clutch pedal makes heel-and-toe downshifting possible, keeping your gear changes quick and your RPMs high all the way around the track. The Logitech G27 Racing Wheel is expected to be available in the U.S. and Europe in September for a suggested retail price of $299.99 (U.S.). For more information about the G27 visit http://blog.logitech.com/ or www.logitech.com.

Product Overview
Replacing and improving upon the venerable G25 Racing Wheel, the Logitech G27 Racing Wheel is designed to deliver the definitive sim racing experience. A diagonal-cut, helical gear system creates a smooth and accurate force feedback experience, while more programmable buttons on the wheel and two stainless steel shifter paddles put the functions you need within your reach. With the G27, whether you're sliding sideways around a gravelly curve, or screaming through the streets of Monaco, the world's greatest circuits feel closer than ever.

Key Features
• Powerful, dual-motor force feedback mechanism with helical gearing smoothly and accurately simulates traction loss, weight shift, and road feel, with quiet steering action.
• Six-speed shifter with push-down reverse gear allows you to quickly choose exactly the right gear.
• RPM/shift indicator LEDs integrate with racing game software to indicate when to should shift gears.
• Realistic 11-inch wheel with leather-wrapped rim provides a more comfortable, true-to-life racing experience for hours on end.
• Steel gas, brake, and clutch pedals deliver precise throttle, braking, and shifting control for heightened realism.
"


Cuci mata dengan beberapa gambar preview G27:




komen:
nampak lebih ghey dari G25. tp aku suke penambahan LED speedometer tu. kalau la steering tu diganti dengan F1 punya kan best..macam MOMO. masyuk!!!

Melayu..Oh..Melayu..


[ Oleh kerana tajuk kali ni "Melayu..Oh..Melayu.." dan berkaitan bangsa Melayu, jadi aku tulis dengan bahasa Melayu ]


Ceritanya bermula seperti berikut...

Semalam, 08 OGOS 2009, kelas aku ada ujian kali pertama untuk subjek Pertanian Persis atau dalam bahasa Inggerisnya, "Precission Agriculture". Pensyarahnya adalah berbangsa India, Dr. Siva Balasundram. Kami semua mengenali beliau sebagai Dr. Siva, di datangkan khas dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Untuk pengetahuan semua, Dr. Siva ini adalah seorang pensyarah yang menghiburkan dan kelakar. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

Berbalik kepada topik asal, pada aku, para pembaca sekalian tentu tertanya-tanya akan perkaitan tajuk kali ini dengan Dr. Siva, kan?

Biar aku ceritakan ya?

Begini, kami satu kelas seperti biasa tiap-tiap minggu, pada hari Ahad, kami akan menunggu dalam bilik kuliah, untuk sesi kuliah Dr. Siva. Tidak lama penantian kami, beliau pun tiba, dan melangkah masuk ke bilik kuliah dan terus menulis "UJIAN 1". Kami semua agak terkejut kerana kami diberitahu ujian adalah pada waktu petang. Jadi, setelah berbincang, Dr. Siva pun setuju supaya ujian diadakan seperti yang telah dijanjikan. Aku pun agak bernasib baik kerana agak banyak juga yang masih belum aku sempat baca dan fahami..hehe :p

Setelah itu, kuliah berjalan seperti biasa, dan sesudah usai kuliah, aku pun mengambil kesempatan waktu yang ada untuk cuba memahami mana-mana yang sempat.

Aku masuk agak awal ke kelas untuk mengambil tempat yang agak terhad (ujian di bilik komputer 3, kerusi hanya ada 18, sedangkan jumlah pelajar 24 orang, 26 orang semuanya termasuk Dr. Siva dan pembantunya...lupa pula nama beliau).

Tunggu...punya tunggu, Dr. Siva dan pembantunya pun tiba. Mereka terus membahagikan kertas soalan dan buku jawapan. Dan inilah yang aku nak ceritakan sebenarnya, panjang sungguh mukadimah kali ini. :))

Cerita kali ini adalah berkenaan bahasa yang digunakan dalam kertas soalan yang diberi. Sebaik-baik aku baca soalan-soalan yang ada, aku agak bangga bercampur sedih. Bangga kerana Dr. Siva, walapun beliau berbangsa India, tetapi,bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu. Tahap penguasaan bahasa Melayu beliau juga aku boleh katakan sangat bagus. Malahan lebih bagus dari kebanyakan orang yang mengaku mereka berbangsa Melayu.

Kerana lemahnya penguasaan orang Melayu dalam bahasa Melayu inilah yang menyebabkan aku berasa agak sedih. Kalau Dr. Siva yang berbangsa India boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik, kenapa bangsa Melayu sendiri ramai yang kecundang?

Malahan ramai dari kalangan bangsa Melayu sendiri yang tidak langsung menghiraukan bahasa Melayu, mereka sibuk dengan aktiviti memartabatkan bahasa asing, bahasa Inggeris contohnya. Sibuk mengatakan bahasa Inggeris penting, sibuk berbahasa Inggeris sehinggakan apabila hendak bertutur dalam bahasa Melayu pun sudah tidak macam Melayu. Bercampur-baur...bahasa rojak kata orang. Memalukan dan menyedihkan apabila golongan yang tidak sedar diri dan asal-usul bangsa sendiri ini wujud dan memperjuangkan hak bangsa lain sehingga mengabaikan hak bangsa sendiri.

Aku sebenarnya sudah agak lama meluat dengan sikap segolongan atau sesetengah orang Melayu yang melebih-lebihkan bangsa lain, terutamanya dalam soal bahasa, sampaikan ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa zaman kuno, ketinggalan dan tidak sesuai dengan arus perkembangan dunia hari ini. Dasar kacang lupakan kulit. Lahir sebagai Melayu, tapi apabila besar malu mengaku Melayu. Apakah!!?

Untuk mereka yang terlalu mengagungkan bangsa asing, sedarlah, tanpa bahasa, takkan ada bangsa. Hilang bahasa, hilanglah bangsa. Mahukah anda perkara sebegini terjadi?

Aku cadangkan anda semua baca dan rujuk sejarah. Bagaimana orang Eropah berjaya membangun dan bangkit dari zaman kegelapan. Mereka sanggup merantau menuntut ilmu dan mempelajari bahasa Arab semata-mata untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa Arab ketika itu.

Kemudian, ilmu yang diperoleh dibawa kembali ke Eropah dan diterjemahkan ke bahasa tempatan untuk mendidik masyarakat tempatan. Diulang, pengajaran ilmu yang diperoleh adalah dalam bahasa tempatan, bukannya bahasa asing atau Arab, sebagaimana asalnya ilmu tersebut.

Seterusnya mereka bertindak menakhluk dan merampas kitab-kitab, buku-buku, dan bahan-bahan ilmiah. Mereka terjemahkan ke dalam bahasa mereka, dan memusnahkan (sejarah penakhlukan Baitulmaqdis/Palestin-ada yang mengatakan buku-buku dibuang ke lautan sehingga lautan luas menjadi hitam kerana dakwat pena dari naskah-naskah yang dibuang) atau menyimpan naskah yang dirampas itu di negara mereka tanpa tiada seorang pun bangsa Arab dan umat Islam yang dapat melihat naskah-naskah tersebut lagi, hinggalah ke saat, ketika, dan hari ini. Jika ada pun, hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat ditemui dan dibaca, tanpa dibenarkan dibawa keluar! Hasilnya lihatlah hari ini, Arab dan Islam jatuh, dan Eropah bangkit.

Kesimpulannya, kerana bahasa, bangsa itu wujud. Kerana bahasa, bangsa itu maju. Dan kerana bahasalah bangsa itu musnah. Sedarlah wahai Melayu.

Malulah kerana Dr. Siva mampu berbahasa Melayu lebih baik dari kebanyakan anda.

Melayukah anda jika anda sendiri tidak mampu berbahasa Melayu dengan baik?

Jangan sampai Melayu hilang di dunia.


Jangan sampai apabila tahun 2020 nanti tiba, tiada lagi Melayu di dunia ini, tiada lagi Melayu di tanah, bumi Melayu ini, sejajar dengan pupusnya bahasa Melayu ketika itu.


Fikir-fikirkanlah wahai bangsa Melayu sekalian.



UDM is under ATTACK!!! [ Part 2 ]

As promised, a few picture on teh quarantine room.





An open window!!?


Guarded.



The entrance (taken from 2 angles)


And now, inside of the quarantine house and those who are inside.

Not wearing your mask?


Sleeping..


As any of you have seen, the house is guarded, perimeter was placed around. What is unbelievable is, the windows was leaves opened. Should the quarantined sneezes, it means trouble. Luckily, H1N1 isn't an airborne disease, but it could be airborne due to certain circumstances and situation (refer --> H1N1 Airborne or Not?). Regarding this matter, I personally preferred if UDM health staff be a little more proactive. Such open windows wich could be the reason of infection should be taken care of.

[ any progress will be updated ]

UDM is under ATTACK!!! [ Part 1 ]

Seeing the title for this new post many of you whom born as a Jedi could have already see through what is coming next few paragraph (well..if u can't, then u aren't :p).

Jedi, you may not need read further, use your power. May teh Force with you :p

And for those who aren't Jedi...let me tell you, H1N1 is already here, in Kuala Terengganu.

Yep..it is confirmed. In our university, 1 lecturer was admitted to HSNZ this noon. UMT has 9++ who is suspected to be the victim.

In our university, rumors has it says that 40+ student were quarantined...merely 3-4 days ago since the first suspected infected was discovered. Even it is just rumors, I have seen it myself from outside of the quarantine room, 1 student sleeping. Well...it is possible since 1 house in my blok was turned into quarantine facility.

And at 3 pm today, I had this conversation with UDM medical staff (I suppose he is from our verbal conversation). In the conversation, he said that every and each activities which require UDM students to travel outside Kuala Terengganu will be prohibited. So, no uni buses, vans, or any vehicle are allowed to travel outside KT, so its staffs and students until the outbreak cease. Which also means, my class could not go to KL for our study trip (Animal Reproduction Technology subject) which supposed to be from 13-15 AUG, visiting Universiti Malaya. :'( That is so sad..since all of us looking forward to this trip. Hope there will be another time...since it was postponed, not cancelled. There's still hopes there :D

In that case, since mid-term break is copming in 10 days, there will be announcement whether students ill be allowed to 'balik kampung' or not. Most probably mid-term break will be postponed till further notice. This matters will be discussed and decided in our senate meeting, which I expect to be held in few days time.

[pictures coming on tomoro update]

Syiett!!! LYN is Under Maintenance...

Baru je aku tinggal kejap page kat LYN tadi..derang dh wat maintenance la pulak.



Tapi kan, kalau korang baca betul2 ape yg dinyatakan kat SS tu..kelakar la jugak. "Stop calling TMNET. Stop pressing F5. ...". Haha..

Takpe²..ni seme untuk kebaikan para forumer semua. Sabar la tunggu kengkawan semua ye?

...

Agak lama gak dah aku tak post ape2 kat blog ni kn?

hmm...tgk la dulu. bz sket skang. byk kerja yg perlu diselesaikan..report amali la, report LI la..proposal fyp lg. nk kene siapkan slaid LI dan fypnye propsal untuk persembahan nanti lagi. @_@

kesimpulannye..aku mmg tgh agak bz sekarang

As usual...GRiD session update

Pictures speaks a thousand words...


amuk0110 chasing bulibuli.

nice corner by amuk0110.

kazairol.

A camwhore asking his picture to be taken :p

His wish was granted.

Burnout!! Where is the smoke!!? ?_?

bapapfc and bulibuli fighting for 3rd place.

bulibuli fail to gain 3rd place.

Turtle!!!


p/s: as this session maybe irienaoki's last session with us until next Disember as he is going back to his university, I wish all went well with his health and education. Expecting to see you again next time. Maybe in DiRT2?