invincez.blogspot.com

apesaje...janji jalan


JDownloader 0.7 Yang Canggih Manggih!!

JDownloader ni adalah satu "download manager" (DM) yang sangat² bagus. 1st time aku terjumpa DM ni ialah pertengahan tahun lepas. Dan sejak tu, JD ni la yg menjadi DM feveret aku. GUI die cantek...ciri² yg ade serta fungsi die yg superb tu paling aku suke. Yang penting, ringan.


Logo rasmi JDownloader (http://jdownloader.org/)


JD adalah satu program percuma dan merupakan program sumber terbuka (open source), maknanye, sape² boleh sumbangkan tenanga, cadangan atau spe² la untuk improve kualiti die. Ia diprogramkan dan dibangunkan sepenuhnya menggunakan JAVA. Nak tau lebih lanjut...sila google. :p haha

GUI atau antaramuka JDownloader (http://www.raymond.cc).


Jadi, sekarang JD ni dah masuk versi 0.7. Ape yg aku boleh katakan, programmer² yag terlibat dalam pembangunan JD ni memang komited dan aktif giler. Tak macam program² free lain...JD selalu je ade update. Dan setiap kali update mesti ade feature² baru yg best dimasukkan. Yg paling nampak sekarang ni, derang berusaha keras cantikkan GUI dan bagi interface JD ni lagi mesra pengguna. Pastu, bug² pun dah kurang. Tak lagi selalu crash. Juga, JD semakain RINGAN!! Memang aku tabik kat derang seme.

Sekian sahaja. Enjoice!! *off to massive downloading*

0 comments: